salam semua.
masih ada ke yang menjengah ke blog aku ni?
blog yang aku sendiri tak terusik.
ye... dah sekian lama aku x kisah akan blog ni semenjak aku aku kehilangan arwah abah hampir setahun yang lalu dan sebelum itu arwah mak 2 tahun yang lalu. dua tahun berturut-turut aku kehilangan orang-orang tersayang dan orang-orang kuat dalam hidup ini.apa pun aku tahu allah lebih menyayangi mereka dan aku mendoakan moga mereka aman di sana.
aku pun tak tahu sama ada aku akan kembali aktif menulis semula... sukar untukdijangka
berserah pada Nya dan aku yang perlu berusahakan?
emm...ramadan bakal menjelma...ahlan wasahlan
moga bertemu lagi..
muachss!
27 Ogo 2012
rindu

oh.oh.oh
rindu rasanya
dah lama tak belek kamu
tak hirau kamu
oh blog kucayank
tak tau la apa dah jadi
bukan x ada cerita
walaupun bukan cite luar biasa
tapi
entah
entah
entah
moga pas ni aku ada MOOD mau uruskan kamu
blog
OH
blog
~selamat hari raya semua..walaupun raya dah seminggu berlalu: esok kembali berkehidmat lorrr!!!
rindu rasanya
dah lama tak belek kamu
tak hirau kamu
oh blog kucayank
tak tau la apa dah jadi
bukan x ada cerita
walaupun bukan cite luar biasa
tapi
entah
entah
entah
moga pas ni aku ada MOOD mau uruskan kamu
blog
OH
blog
~selamat hari raya semua..walaupun raya dah seminggu berlalu: esok kembali berkehidmat lorrr!!!
20 Jul 2012
salam ramadhan...

salam ramadhan untuk semua. alhamdulilah...kita semua masih diberi peluang untuk menyambut ramadhan al-mubarak pada tahun ini... semoga kita semua dapat memperbaiki diri dan meningkatkan amalan di bulan yang penuh keberkatan ini. ahlan wasahlan ya ramadhan...
8 Mei 2012
sebuah lagu

aku pun tak tau lagu sapa yang nyanyi. lagu ni lagu dari pantai timur.. sungguh tersentuh..
so aku tujukan buat semua bloggers...
20 Mac 2012
26 Feb 2012
coret

emm dah lamakan aku x updet.aku pun tak tau pasai pa aku jadi segan la nak updet.bukan x dak cerita, tapi cerita segan tu lagi kuat. susah nak habaq tapikan aku selalu mai ronda tgk blog aku ni, bukan x tengok langsung na...mai la juga jenguk kot-kot ada pokok bunga morning glory ka tumbuh menjalaq..mestilawa kan..ha ha
sat saja tahun 2012ni dah nak masuk bulan ke 3..dan rutin keja aku macam tu la...sejak keja petang aku tak kalut la awai2 pagi...aku masih enak di ulit intan time orang semua berkejar-kejar, pastu time aku la kan dlm kul 9-10..tahun ni adam tadika petang...so around 9-10 am tu aku la yg kalut siap nani, then arah adam n dini plak....campoq tolak..11-11.30am jalannnnnnnnnnnn. dari keta manual ke keta auto aku rasa macamnaik kuda plak....hantaq adam n nani satu tempat then pusing-pusing hantaq dini pas tu aku patah balik masuk keje...kadang2 kalut gak kalu hari yang ada hal kena mai awai...
masuk tahun baqu ni, lokasi tempat duduk meja kerja aku pun dah berubah...dulu tempat duduk aku dalam komunitiyang besaq tapi privacy (sbb ada patisyen) la aku kena pindahduk bilik kecik yg komuniti kecik ( x patisyen)
tula ceritanya....apa2 aku bersyukur di atas segala nikmatNya
bye!
24 Dis 2011
hitam putih kelabu..

suka aku dengar lagu ni...antara lagu-lagu zaman aku sekolah
jom dengar dan hayati liriknya!
21 Dis 2011
darjat seorang wanita

Perbezaan-perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disenaraikan di bawah ini :-
- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
- Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
- Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
- Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
- Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
- Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
- Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
- Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
- Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
- Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Bersyukurlah kita wahai wanita yang dijadikanNya dengan penuh kelebihan dan keistimewaan.
15 Nov 2011
13 Nov 2011
12 Nov 2011
6 Nov 2011
SALAM AIDIL ADHA 1432 HIJRAH

"Labbai Kallah Humma Labbaik, Labbaikala Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda Wanni'mata Laka wal Mulk La Syarikalak"...
"Hambamu datang menyahut panggilanmu. Tidak ada sekutu bagimu. Hambamu datang menyahut panggilanmu....Sesungguhnya segala pujian dan nikmat...Dan pemerintahan adalah kepunyaamu...Tidakada sekutu bagimu.
18 Okt 2011
15 Okt 2011
rumah lama

as-salam semua...
emmm kali ni aku nak tepek sekeping gambar lama sebuah rumah kampung lama dari sebuah album lama yang ada dalam simpanan aku. tak dapat nak pastikan tahun sebenar gambar lama ini diambil, cuma aku dapat meneka gambar ini rasanya dalam lingkungan hujung tahun 60-an atau awal 70-an. Berdasarkan gambar-gambar yang ada dalam album ini ialah ialah gambar ketika ayahanda ku masih bujang...
Inilah gambar lama , kediaman lama di kampung halaman ku...gambar rumah lama yang pernah aku diami...sungguh klasik gambar ini. Dan seandainya masih kekal pemandangannya hingga kini...alangkah damainya...sebab - kelihatan banyak pokok
Inilah untuk semua...tatapan semua-sekeping kenangan abadi!
2 Okt 2011
1st years old!

as-salam
sikit lambat wat n3 ni
tp dah wish n cium3
dengan ini di umumkan bahawa
cik nani dah cukup umur 1 tahun
pada 29 september lalu
alhamdulilah....semoga cik nani sihat dan menjadi anak soleh
yang mendamaikan hati mama
HAPPY BIRTHDAY cik nani darling mama!
cik nani kesayangan semua..
27 Sep 2011
13 Sep 2011
my family!

as-salam..
hai kepada semua...
emmm tak kisahlah apa-apa pun dan mana-mana pun
juz
nak share our new pix bersama
pix lewat ptg semalam
sempena anniversary ke 8 lorrr...
ha ha caca merba unipom masing-masing
adik kakak baru lik open house dengan abah
mama stay kt umah while nani is sleeping
nani bangun kitaorang kuar jumpa my old frend...
dah hampir 1o tahun tak jumpa
masyaallah....so long
ok
no celebration or anything
yang penting merekalah yang terbaik dalam hidup ini
dan merekalah yang membahagiakan hidup ini
syukur kepadamu YA ALLAH
kerana memberi yang terbaik dalam hidup ini..
11 Sep 2011
9 Sep 2011
5 Sep 2011
Langgan:
Catatan (Atom)













