SILAKAN_siGn_iN_GuEStBooK_faWa..

FOLLOWERS

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

26 Feb 2012

coret



assalam...
emm dah lamakan aku x updet.aku pun tak tau pasai pa aku jadi segan la nak updet.bukan x dak cerita, tapi cerita segan tu lagi kuat. susah nak habaq tapikan aku selalu mai ronda tgk blog aku ni, bukan x tengok langsung na...mai la juga jenguk kot-kot ada pokok bunga morning glory ka tumbuh menjalaq..mestilawa kan..ha ha

sat saja tahun 2012ni dah nak masuk bulan ke 3..dan rutin keja aku macam tu la...sejak keja petang aku tak kalut la awai2 pagi...aku masih enak di ulit intan time orang semua berkejar-kejar, pastu time aku la kan dlm kul 9-10..tahun ni adam tadika petang...so around 9-10 am tu aku la yg kalut siap nani, then arah adam n dini plak....campoq tolak..11-11.30am jalannnnnnnnnnnn. dari keta manual ke keta auto aku rasa macamnaik kuda plak....hantaq adam n nani satu tempat then pusing-pusing hantaq dini pas tu aku patah balik masuk keje...kadang2 kalut gak kalu hari yang ada hal kena mai awai...

masuk tahun baqu ni, lokasi tempat duduk meja kerja aku pun dah berubah...dulu tempat duduk aku dalam komunitiyang besaq tapi privacy (sbb ada patisyen) la aku kena pindahduk bilik kecik yg komuniti kecik ( x patisyen)

tula ceritanya....apa2 aku bersyukur di atas segala nikmatNya

bye!

24 Dis 2011

hitam putih kelabu..


suka aku dengar lagu ni...antara lagu-lagu zaman aku sekolah jom dengar dan hayati liriknya!

21 Dis 2011

darjat seorang wanita



 Perbezaan-perbezaan  darjat kaum wanita dan lelaki yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disenaraikan di bawah ini :-
  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

  7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

  16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Bersyukurlah kita wahai wanita yang dijadikanNya dengan penuh kelebihan dan keistimewaan.

13 Nov 2011

pintu


pintu
pintu lama jangan dibuang
andai banyak idea dan kreativitinya
ianya tetap menarik dipandang
buat penyeri laman di taman
selamat menjamu mata!

from wanie

from wanie