SILAKAN_siGn_iN_GuEStBooK_faWa..

FOLLOWERS

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

13 Apr 2011

10 Kunci Membina Keyakinan diri




1. Anda yakin bahawa anda tidak mempunyai kekurangan apa-apa berbanding dengan orang lain kerana anda ialah mahluk yang mulia yangdiciptakan oleh tuhan di atas muka bumi,sama seperti orang lain.

2. Anda pasti, jika orang lain bolehmelakukan sesuatu perkara yang positif, mengapa anda tidak? Anda boleh!

3. Anda perlu mengenanl pasti kekurangan atau kelemahan yang ada dalam diri anda dan anda perlu berusaha memperbaikinya.

4. Anda mesti berani untuk melakukan sesuatu perkara atau mengambil sesuatu keputusan yang positif. Janganberasa takut atau teragak-agak untuk melakukannya.

5. Anda harus elakkan sama sekali sikap malu yang tidak bertempat kerana anda akan ketinggalan dalam banyak hal yang berfaedah jika terus bersikap sedemikian.

6. Anda mesti tampil dengan kemas dan sentiasa bersiap sedia untuk
melakukan sesuatu yang berfaedah. Anggaplah diri anda adalah yang terbaik pada ketika itu.

7. Anda harus melakukan senaman ringan sebelum melakukan sesuatu. Bukankah badan yang cergas menghasilkan otak yang cerdas?

8. Anda mestilah bersangka baik dengan setiap tindakan atau tugas yang telah anda ambil iaitu tidak terlalu memikirkan masalah atau rintangan yang bakal ditempuhi. Anda perlu menjangkakan dan memikirkan hasil yang baik yang anda akan peroleh daripada tindakan anda.

9. Anda harus membentuk personaliti yang baik, misalnya cara berjalan,cara bercakap atau cara berinteraksi. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda perlu sentiasa memberikan perhatian dan memandang tepat pada mata serta wajah orang itu. Dengar betul-betul tentang apa-apa yang diperkatakan orang lain kepada anda. Jangan memberikan reaksi yang kaku atau acuh-acuh sahaja.

10. Anda perlu ingat selalu bahawa “Masa itu lebih bernilai daripada emas.”Jangan suka berlengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas atau perkara baik.

dipetik.DISINI.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

senang dan nampak mudah. Tapi agak sukar bg org yg seperti saya. Sejak kecil saya sering dibandingkan dgn org lain oleh ibu. bapa sering memperbesarkan keburukan saya depan org. Menjadikan sy seorg yg tidak yakin. Di sekolah, sy terpaksa belajar utk yakin disbbkan sy bersekolah asrama. Saya mampu mewakili sekolah utk beberapa kali. Tapi kini setelah berkahwin, sekali lagi keyakinan saya hilang. Suami selalu meluahkan kelemahan saya dan sering menceritakan kehebatan wanita lain. Katanya sebagai motivasi. hakikatnya ia hanyalah pembunuh semangat. Keadaan ini bertambah teruk apabila sy berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.
Pilihlah org atau kawan yg memberi kata2 positif agar anda lebih positif. Tapi kita tidak boleh memilih parents or kita tidak boleh lari dari suami yg hanya nampak kelemahan dan sering menyatakannya kepada kita. Esp, bila dia kata, tiada org yg lebih mengenali kamu lebih dari suami kamu..hmmmm

from wanie

from wanie