SILAKAN_siGn_iN_GuEStBooK_faWa..

FOLLOWERS

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

5 Ogo 2009

Wadi Unung




baru lepas menonton citer ni...kebetulan tekan2 dan terlihat...sblm ni asyik dok tengok gazet ja kan....dialog.." semua orang sayang fatihah..." ..terus cari sinopsis...harap tak terlepas next episod...sbb saya bukan penonton tegar yang leh duduk macam kena gam gitu....


About The Program

Wadi Unung
5-Aug-2009, 6:00:00 PM
Genre: Drama
Language: Bahasa Malaysia
Also Available: Starts 5 Aug, Mon-Thur, 6.00pm

WADI UNUNG - tidak seindah musim bunga, tidak sedingin air di kali, tapi, di sini, ada ketenangan, ada jiwa yang merasai setiap perasaan yang terluah antara kedua gadis ini, Azrin dan Fathihah. Ia cuma sebuah teratak yang dibina oleh mereka berdua. Namun yang istimewanya, ia menjadi segala punca pada sebuah kehidupan. Di sini juga lah, mereka mengotakan janji untuk terus susah dan senang bersama.

Namun sampai bilakah mereka akan terus bersama kerana masa depan terus menghambat dan menuntut kepada perpisahan.

Azrin terlalu kecewa bila mendengar berita pemergian Fathihah ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Fathihah tidak ada pilihan lain selain mengikut apa yang dihajati orang tuanya. Azrin tidak bertemu Fathihah saat Fathihah berangkat ke Australia kerana perselisihan faham yang berlaku di antara mereka. Namun dalam diam, Azrin mendoakan kejayaan Fathihah.

Pemergian Fathihah telah membuatkan hari-hari Azrin dirasakan terlalu sunyi, namun dalam tempoh lima tahun kesunyian terubat bila ada saja surat,e-mail ,gambar dan apa saja bentuk komunikasi yang menghubungkan mereka berdua diterima oleh Azrin. Dan sesekali kepulangan Fathihah tentunya dinanti dengan penuh debaran. Dia terlalu merindui sahabatnya.

Pada suatu ketika Fathihah menyatakan bahawa dia akan bernikah dengan Karl Vincent, pemuda bukan Islam yang dicintainya. Keputusan Fathihah ini ditentang keras oleh kedua ibubapanya. Mereka mahu Fathihah mencari pasangan hidup dari latar belakang agama dan budaya yang sama.

Dan Azrin sendiri beberapa kali telah "menangguhkan" keyakinan hatinya untuk menerima Nazir,kawan seusia dan sepermainan. Bukan dia tidak nampak keihkhlasan Nazir tapi selagi masalah Fathihah tidak selesai, selagi itu lah dia tidak dapat memberikan tumpuan pada Nazir...

bestkan pondok azrin dan fatihah ni...tepi bendang dan gunung gitu...

lokasinya dekat Gunung Keriang, Alor Setar....

berkubang dalam bendang.....


2 ulasan:

pB berkata...

Salam


sekarang pukul 1 jer , terus tukar channel 105




salam kenal

kisah Semut berkata...

salam follow blog saya semut
emm best citer ni

from wanie

from wanie