
Ada terbaca kat sini tentang ANNA PATCHWORK HOUSE ni...macam best juga kan kalu dapat peluang pergi situ sebey2 apa yang patut....hari ni adalah peluang ni...en Hubby ada tournament bowling..mrs mama pun yahoo leh g intai kat tempat ni....
Awal kami sampai, 8.30 dah terpacak sbb tournament tu mula awai kan... tepat kul 10, apa lagi mrs mama dah terjah kedai ni dengan geng iaitu AN dan AK. Pengikut setia ni....
Tak susah nak cari sbb kebetulan parking keta betul2 dekat eskalator berdekatan.
Tuan empunya kedai ,ANNA dan saudaranya RAI yang membantu beliau sangat ramah dan mesra. Sempat la mrs mama beli beberapa FQ untuk projek BOM nanti.Sempat juga berkongsi cerita ttg projek sesama rakan bloggers dan ttg tahu akan kewujudan kedai anna ni. Anna juga ada menganjurkan kelas2 seperti quilting, patchwork dsb.
ini add kedai anna
Lot CP2.02, Level CP2, Orange Zone,
Sunway Pyramid Shopping Mall,
No. 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor
Oh ya ...mrs mama hari ni guna tote bag yang tempah kat jaja...maka hari ni mrs mama mengayakan beg pink itu...anna dan sedaranya pun suka bila tgk beg buatan jaja tu...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan